Simpulan Bahasa


Definisi atau Maksud Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada maksud asal perkataan-perkataan yang digunakan. Penggunaan simpulan bahasa dalam karangan atau esei akan menjadikan sesuatu hasil tulisan yang dibuat itu menjadi lebih menarik.

Apabila diteliti benar-benar akan Bahasa Melayu, kelihatan terdapat pelbagai unsur keindahan. Salah satu aspek keindahan itu terbit daripada simpulan bahasa yang terdapat dengan banyaknya. Simpulan bahasa merupakan satu peninggalan nenek moyang kita. Ia merupakan ungkapan yang telah mantap dan mempunyai maksud yang khusus serta berbeza daripada makna harfiah kata-kata dalam ungkapan tersebut.


Kamus Dewan mendefinisikan simpulan bahasa sebagai "ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mengandungi makna yang berlainan daripada erti perkataan yang membentuknya."



Contoh Simpulan Bahasa.


1. Ada Bakat
Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya.
Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel.

2. Ada Can
Maksud: Ada peluang.
Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan kita ini berjaya, kata Amin kepada Umair.

3. Ada Gaya
Maksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.
Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan.

4. Ada Hati
Maksud: Keinginan.
Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.

5. Ada Jalan
Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.




6. Buah tangan
Maksud : Hadiah atau pemberian
Ayat : Kami membawa buah tangan semasa melawat Aida di hospital.



7. Kaki bangku
Maksud : Tidak pandai bermain bola
Ayat : Ali diketawakan oleh kawan - kawannya kerana dia kaki bangku.

8. Kaki botol
Maksud : Orang yang suka minum minuman keras
Ayat : Lelaki itu seorang yang kaki botol.



9. Panjang tangan 
Maksud : Suka mencuri
Ayat : Azaman tidak disukai oleh rakan - rakannya kerana dia seorang yang panjang tangan.


10. Berat mata
Maksud : Mengantuk
Ayat : Baru pukul sembilan malam adik sudah berat mata.


Animated Gif Cats (11)

11. Alim - alim kucing
Maksud : Berpura - pura baik
Ayat : Auni alim - alim kucing di hadapan Cikgu Balkis .





12. Buruk siku
Maksud : Meminta barang yang telah diberikan
Ayat : Agus buruk siku kerana meminta semula motosikal buruk yang telah diberikan kepada adiknya. 





13 . Cakar ayam
Maksud : Tulisan yang buruk
Ayat : Tulisannya seperti cakar ayam dan sukar dibaca.