Latihan Simpulan Bahasa

LATIHAN 1

1. Walaupun telah berunding selama lima jam, mereka masih belum mendapat ........................
bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu.
A jalan keluar
B jalan belakang
C jalan pintas
D jalan tengah

2. Oleh kerana Siti seorang yang sangat teliti, dia .............................. untuk menyiapkan kerja
sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan.
A mengambil peluang
B mengambil langkah
C mengambil berkat
D mengambil mesa

3. Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu .................sehingga
dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya.
A gelap mata
B putih mata
C rambang mata
D Rabun mata

4. Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami
pelajaran yang sedang diajar.
A terang hati
B sampai hati
C cekal hati
D ada hati

5. Rahman merupakan ........................ pasukan Harimau. Tidak hairanlah segala kemahuannya
dituruti.
A tulang belakang
B keras tulang
C ringan tulang
D tulang empat kerat

6. Sahabat yang baik tidak patut ................................ kawan di hadapan rakan-rakan yang lain.
A membuka tembelang
B membuka langkah
C membuka mulut
D membuka mata

7. Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut ........................ , nanti kita juga yang akan
menyesal.
A darah gemuruh
B darah daging
C darah muda
D darah dingin

8. Amran berkata, "Inilah ……………………… saya. Saya tidak akan pergi lagi ke situ."
A kata sepakat
B kata hikmat
C kata dua
D kata putus

9. Mat Deris begitu …………………. .. menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama
terbiar.
A ada hati
B cekal hati
C kecil hati
D rendah hati

10. Sejak peristiwa itu Puan Salwa – – – – untuk membenarkan anaknya menyertai
perlawanan bola sepak.
A. jauh hati                            C. berat hati
B. kecil hati                           D. patah hati

11. En. Hamidon seorang yang …………………….. .Beliau sentiasa menghormati dan melayani pekerjapekerjanya
.
A. rendah diri                        B. mata duitan
C. pilih kasih                                     D. hidung tinggi

12. Pemuda teksi itu tidak sanggup ................ dengan penumpangnya yang kurang sopan.
A. berhati batu                      C. bertegur sapa
B. berhati perut                     D. bertikam lidah

13. Tetamu yang baru dikenali itu diterima oleh keluarganya dengan ...................
A. cepat tangan                    B. bekas tangan
C. tangan sejuk                    D. tangan terbuka

14. Tuan doktor, kami berdua sudah lima tahun berkahwin, tetapi masih belum mendapat
........................................
A. anak tiri
B. anak emas
C. anak angkat
D. cahaya mata

15. Kawan-kawan sekalian, kita mestilah ........................................... dengan kejayaan mereka kalau mereka boleh mengapa kita tak boleh.
A. ambil hati
C. iri hati
B. cekal hati
D. besarhati






LATIHAN 2


  baik sangka             anak angkat             angkat kaki             alas perut
  bahasa dalam          bekas tangan           cabut nyawa
  durian runtuh            mencari jalan            beri muka

1. Pagi tadi Ah Meng ....................sebelum pergi Taiping.

2. ....................Pak Cik Ismail menjadi doktor gigi.

3. Apabila pegawai penguatkuasa datang ke tempat itu, semua penjaja yang tidak berlesen ...................

4. Perkataan santap, gering dan beradu merupakan ........................

5. Orang tua selalu ..........................dengan semua orang.

6. Inilah manuskrip ..........................pengarang yang terkenal itu.

7. Ayahnya terlalu ...........................kepada anak lelakinya, akhirnya dia menjadi budak yang nakal.

8. Perompak itu hendak .......................mangsanya, tetapi hasratnya tidak berjaya bila polis sempat menembaknya.

9. Apabila dia disuruh membuat kerja yang berat, dia selalu ......................

10. Pada hujung tahun semua kaki tangan kerajaan mendapat .....................










LATIHAN 3


Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.
harga kopi,                    halwa telinga,                   hentam keromo,hilang akal,               ikut jejak,            ibu angkat,             jatuh hati,
isi rumah,                kepala batu,              kaki bangku
1. Qasidah, nasyid dan lagu ialah ....................... .

2. Pengedar barang makanan itu mendapat barang dari kilang degan .................. .

3. Penulis muda yang belum berpengalaman menulis suatu kritikan dengan ...................sahaja.

4. Sewaktu berlaku kebakaran, mangsa kebakaran itu ..................... .

5. Swee Lan menziarahi .........................nya yang tinggal di Alor Setar.

6. Maimunah hendak .......................... abangnya yang sedang belajar di kolej.

7. Pada hujung minggu itu se....................... pergi berkelah.

8. Kawan saya Sorojini ........................ bila saya terlupa menjemputnya datang ke rumah saya pada hari jadi ibu saya.

9. Ah Fat tidak diajak bermain bola kerana dia ........................ .

10. Budak perempuan itu memang ......................... .



LATIHAN 4



Isi tempat-tempat kosong dalam ayat di bawah dengan simpulan bahasa yang sesuai.
lidah bercabang,            mandi peluh,            minta nyawa,          atas pagar,paku belanda,           pilih kasih,              ajak-ajak ayam,
balik gagang,             berpeluh tubuh,              gulung tikar
1. Pekerja-pekerja ladang .......................untuk menyara keluarga.

2. Harga barang jualan di kedai itu ....................... .

3. Sewaktu kami bekerja budak itu .................... sahaja.

4. Guru kelas kami tidak ....................... antara murid-muridnya.

5.Jangan terima jemputan itu, dia ...................... sahaja.

6. Banduan yang dihukum mati kerana dadah telah ......................supaya dipenjarakan sahaja.

7. Dalam pemilihan ketua, sekulpulan penduduk duduk......................... .

8. Jangan percaya dengan orang itu, dia ...................... .

9. Semalam baru kami tahi mereka itu ....................... .

10. Peniaga itu terpaksa ........................ kerana mengalami kerugian besar.